Friday, 18 November 2016

Makanan Mengurangkan Stres


Semua orang mengalami tekanan perasaan (stress) dan bermacam cara telah diambil oleh orang ramai bagi menghilangkan stress. Ada yang menggunakan cara yang positif akan tetapi ada juga yang mengambil jalan mudah dengan membunuh diri.

Jika pada entri yang lalu penulis ada kongsikan apa yang berlaku pada mereka yang membunuh diri dengan menelan panadol dengan kuantiti yang banyak, kali ini kita tengok pula antara langkah yang boleh diambil bagi menangani stress.

Makanan mengurangkan stres



Berita baik bagi mereka yang asal  stres je, dia makan! Malah, jangan tak tahu. Ada yang boleh stres hanya disebabkan dia lapar!

Tahukah anda, pemilihan makanan yang betul juga dapat membantu mengurangkan stress? Disini penulis kongsikan beberapa makanan yang boleh diambil sekiranya anda semua mengalami stres.

1. Coklat gelap (dark chocolate)


kitkat 70% cocoa (pasaran UK)

Ya! Coklat dapat mengurangkan stress. Tapi, pastikan anda mengambil colat yang mengandungi 70% kandungan koko dan keatas. Selain kurang kandungan gula, dark chocolate tinggi dengan kandungan flavonoids, sejenis anti-oksidan yang melebihi 5 biji buah epal.

Dark chocolate juga mempunyai phenylethylamine, yang struktur kimianya hampir menyerupai endorphins, sejenis bahan kimia semula jadi yang dikeluarkan badan bila anda berada dalam keadaan mood yang baik.

pastikan dark chocolate 70% cocoa atau lebih.

Menurun kajian dari Journal of Psychopharmacology, mereka yang minum minuman coklat setiap hari (kandungan menyamai 1.5 ounces atau hampir 42.5g dark chocholate) merasa lebih tenang berbanding mereka yang tidak. Kesan penenang ini datang dari  anandamide, sebuah neurotransmitter yang dihasilkan otak yang mampu menghalang perasaan kesakitan dan kemurungan.

Selain itu, dard chocolate mengandungi magnesium yang membantu tubuh badan melawan stress, keletihan dan perasaan cepat marah.

Tapi anda harus ingat, coklat tinggi kandungan kalori. Oleh itu, pantau dan kurangkan kandungan kalori yang anda ambil setiap hari sekiranya ingin mengambil coklat.

2. sayur hijau



Bertukarlah dari memakan makanan ringan ketika stress kepada makanan yang mengandungi sayur-sayur hijau seperti broccoli, lobak merah, daun saleri dan sebagainya. Broccoli sahaja tinggi dengan kandungan vitamin B yang membantu tubuh badan mengurangkan stress, panik, dan perasaan kebimbangan.

Selain itu, sayur hijau kaya dengan folate yang membantu mengurangkan homocysteine, sejenis kompaun yang boleh mengganggu penghasilan serotonin dan dopamine, yang membantu badan mengawal mood, selera makan, dan tidur.

Sayur hijau juga tinggi dengan kandungan mineral seperti potassium, calcium, magnesium and phosphorous yang membantu mengurangkan hormon stress, yang seterusnya dapat membantu memulihkan mood anda.

3. buah oren



Semua sedia maklum buah oren kaya dengan vitamin C yang boleh membantu menurunkan tahap cortisol dalam badan kepada normal. Tambahan pula. Cortisol, sejenis hormone stress yang dihasilkan oleh kelenjar adrenal apabila stress, boleh melemahkan sistem imunisasi badan.

Kajian menunjukkan mereka yang mengambil 1,000mg vitamin C sebelum memberikan ucapan mempunyai tahap cortisol yang lebih rendah berbanding mereka yang tidak.

4. Blueberries



Selain buah oren, buah blueberries  juga boleh diambil ketika stress. Selain kaya dengan bahan anti-oksida, Blueberries mempunyai anthocyanins yang membantu otak menghasilkan dopamine, bahan yang bertanggung jawab mengawal mood.

Selain itu, ianya juga tinggi dengan kandungan manganese, yang boleh membantu melawan stress. Malah, kajian membuktikan memakan buah blueberries secara kerap boleh mambantu mengurangkan symptom stress seperti insomnia, tekanan perasaan, dan lain-lain mood disorders.


5. salad ayam belanda (turkey salad)



Ayam belanda mempunyai tryptophan yang boleh memberikan kesan penenang, yang sangat baik diambil ketika berada dalam keadaan stress.

[nota : patutlah bila stress, penulis selalu kempunan nak makan sandwich turkey breast subway.]

6. buah pisang



Umum mengetahui pisang kaya dengan potassium yang membantu mengawal tekanan darah dalam badan.

Tips : buah pisang boleh diambil bagi menggantikan ais krim yang tinggi dengan kandungan gula, sebagai makanan ketika stress. Hanya sejuk bekukan buah pisang semalaman dan makan bila anda rasa stress.

kesimpulan


Menurut Dr. Drew Ramsay, assistant clinical professor of Psychiatry di Columbia University College of Physicians & Surgeons yang juga merupakan penulis kepada buku The Happiness Diet, "Nothing stresses the brain more than thinking it is running low on nourishment". Jadi, pilihlah makanan yang menggembirakan dan dalam masa yang sama menyihatkan akal dan tubuh badan.

Dan ingatlah, diet yang sihat tidak bermakna tanpa senaman dan gaya hidup yang sihat, yang juga telah terbukti dapat mengurangkan stress! Akhir kata, tanganilah stres dengan bijak! Dan sekiranya terdapat persoalanlanjut tentang cara menangani stress dengan bijak, rujuklah kepada mereka yang ahli dalam bidangnya.


sumber dan rujukan:
1. Wei Wei Lee. (2016 Nov 4). Healthcare professionals: 4 superfoods that can help you with stress relief. MIMS. dipetik dari http://today.mims.com/topic/healthcare-professionals--4-superfoods-that-can-help-you-with-stress-relief?country=Malaysia&channel=GN-Health-Wellness&elq_mid=8055&elq_cid=4274
2. (2016 Apr 8). 5 food items to eat when stressed. MIMS. dipetik dari http://today.mims.com/topic/5-food-items-to-eat-when-stressed?country=singapore&channel=gn-health-wellness

16 comments:

  1. thanks pha is for the share...dah lama juga xmakan blueberry...

    ReplyDelete
  2. Assalam Faiz! Ada 2 blog rupanya rajin betul menulis..sis JM yang asa satu blog ni pun dh terabai

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya ada beberapa blog lagi.. bukan dua je.. hehehe..

      Delete
  3. Makan utk hilangkan stress tu, dlm byk2 kirang minat yg no 1 tu...biasa kalau stress x selera nk mkn

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasanya coklat yang paling orang suka. dan ais krim. tapi ais krim tak elok dijadikan makanan ketika stress disebabkan kandungan gulanya yang tinggi..
      sebab itu saya list-kan makanan alternatif selain ais krim supaya bila stress, makan kemudian tak bertambah stress sebab berat badan makin naik dan bertambah penyakit..
      yang penting, jaga pemakanan dan amalkan gaya hidup sihat, walaupun kita stress..

      Delete
  4. Nice Sharing.
    Dark coklat tu baru tahu boleh jadi ubat stress rupanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas ni kalau stress makan laju2.. hahaha

      Delete
  5. coklat tu disamping dark coklat boleh pilih yang tanpa gula. dah ada option ni sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ya? terima kasih atas maklumat tambahan..

      Delete
  6. Wah! Buah oren pun boleh. Tapi betul gak.. Kadang bila tengah stress makan buah oren, dengan masamnya.. Fuh. Biat kita lupa tentang masalah san focus pada kemasaman dan kelazatan menikmati buah oren ni

    ReplyDelete
  7. Zaman belajar dulu kurang makan.. dah masuk zaman bekerja ni asyik makan je.. hmm..pastu mulalah stress berat naik + poket kering.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. fatin wawa mungkin lebih arif bab makanan ni... dietitian kan?

      Delete
  8. last week sy mmg betul2 stres jd nk hilangkannya sy pergi beli ais krim coklat trs je ok pastu bleh gelak2 guling2 sambil tgk running man hahaha

    ReplyDelete
  9. ok sekarang dah tau kalau stress benda apa yg patut kena makan. takde la jadi kegemukkan nanti kan huuu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...