Friday 21 October 2016

Iklan Ubat di Laman Sosial


Iklan Ubat di Laman Sosial


Sebagai pengguna lama internet, banyak iklan ubat dan produk kesihatan mudah didapati tak kira sama ada dari laman sosial Facebok, Twitter, Blog, Instagram, dan sebagainya. Malah, ada iklan ubat ini yang sehinggakan mempunyai dakwaan yang bukan-bukan.

Tahukah anda, sebenarnya iklan berkenaan ubat dan produk kesihatan tidak boleh diiiklankan sebarangan? Terdapat sebuah badan yang mengawal selia pengiklanan ubat di Malaysia iaitu Lembaga Iklan Ubat (LIU).

Pengawalan oleh LIU ini bertujuan bagi mengelakkan penyebaran maklumat dan iklan yang tidak tepat serta dakwaan kosong pihak pengeluar produk yang akhirnya boleh memudaratkan pengguna ubat tersebut.


20 Jenis Penyakit Tidak Boleh Diiklankan



Mengikut Akta Ubat (Iklan dan penjualan) 1956, seksyen 3(1)(a), sesebuah iklan ubat tidak boleh mendakwa boleh menyembuhkan dan merawat 20 jenis penyakit yang tersenarai di bawah ini.

1. Panyakit/kerosakan buah pinggang
2. Penyakit/ kerosakan Jantung
3. Kencing Manis
4. Sawan
5. Lumpuh
6. Batuk Kering
7. Asma/Lelah
8. Kusta
9. Barah
10. Pekak
11. Ketagihan Dadah
12. Hernia
13. Penyakit Mata
14. Tekanan Darah Tinggi
15. Sakit Mental
16. Kemandulan
17. Frigiditi
18. Lemah Fungsi Seks/impotent
19 Penyakit venerus
20. Kelemahan urat saraf atau aduan kelemahan lain, timbul daripada atau berhubung dengan perhubungan seks.

Kelulusan Lembaga Iklan Ubat


Selain tu, iklan tersebut mestilah mendapat kelulusan LIU sebelum ianya boleh dikiklankan. [Akta Ubat (Iklan dan penjualan) 1956, seksyen 4B(1)].


Iklan yang telah mendapat kelulusan LIU akan terdapat nombor kelulusan dari LIU padanya. Contoh nombor kelulusan sepeti KKLIU ****/2016. Iklan tersebut sah selama 3 tahun dari tahun ianya diluluskan.

Iklan Ubat tak Berdaftar KKM


Berkenaan ubat yang tak berdaftar dengan KKM, sudah semestinya iklan tersebut tak akan dapat kelulusan LIU. Jadi, tetap dikira bersalah.


Ubat yang berdaftar dengan KKM akan ada MAL nombor (contoh MAL ******** - T) dan stiker hologram meditag pada produk tersebut.

Masud huruf di hujung MAL nombor :
T – ubat tradisional
N – suplement
X – ubat ”Over-the-counter”, yg boleh dijual oleh orang biasa. Contoh : panadol.
A – ubat mengandungi racun berjadual, hanya boleh dijual oleh farmasi dan doktor di klinik

Manakala untuk produk kosmetik yang berdaftar pula, produk tersebut tiada MAL nombor tapi mempunya nombor notifikasi. Contoh nombor notifikasi: NOT*******

Denda


Jika melanggar seksyen 3(1)(a) dan seksyen 4B(1) Akta Ubat (Iklan dan penjualan) 1956 dan didapati bersalah, pengiklan boleh dikenakan denda maksimum RM3000 atau penjara 1 tahun atau keduaduanya bagi kesalahan pertama kali. [seksyen 5(1)(a)].

Sebagai Pengguna Bijak


Sebagai seorang pengguna yang bijak, janganlah  mudah kita terperdaya dengan iklan produk kesihatan yang didatangkan dengan dakwaan yang bukan-bukan. Anda mampu menilai iklan-iklan ini mana yang baik dan mana yang tidak.

Jangan konpromi kesihatan diri dan keluarga dengan mudah mempercayai dakwaan iklan-iklan ubat dan produk kesihatan yang sememangnya mempunya kepentingan kepada pengeluar produk.

Rujuklah maklumat-maklumat berkenaan ubat dan produk kesihatan dengan doktor dan ahli farmasi berdekatan anda. Tanyalah ahli farmasi anda sekiranya anda ingin tahu atau ada keraguan berkenaa ubat. Better safe than sorry!

Jika ada sebarang pertanyaan, boleh tanya kat ruangan komen. Mana yang sempat, penulis akan cuba jawab. InsyaAllah..



rujukan :
1.Pha Is (2014 Jan). Bila share maklumat kesihatan; Hikayat Budak Pening. http://www.budakpening.com/2014/01/bila-share-maklumat-kesihatan.html
2. Bahagian Penguatkuasaan Farmasi. (2016 Ogos). Garis panduan penyaringan iklan perubatan bagi pegawai penguatkuasa farmasi KKM.
2. Laman portal rasmi Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM: www.pharmacy.gov.my
3. Kenali Ubat Anda : www.knowyourmedicine.gov.my

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...