Sunday, 26 April 2015

Bunuh Diri Dengan Panadol : Bukan Penyelesaian



Bunuh diri dengan panadol : bukan penyelesaian. Melalui seorang pegawai farmasi yang telah lama berkhidmat di hospital tempat penulis sedang bertugas, terdapat banyak kes orang bunuh diri dengan mengambil jalan mudah menelan pil-pil yang mudah didapati di kedai-kedai farmasi seperti panadol, aspirin, dan sebagainya dengan kadar yang banyak.

Sebagai contoh,mereka menelan panadol dengan bilangan yang banyak sekaligus. Dos maksimum bagi panadol (paracetamol) untuk orang dewasa adalah sebanyak 4 gram (8 tablet). Akan tetapi, mereka membunuh diri dengan menelan panadol sebanyak 20 tablet (jumlah dos : 20 tablet x 500mg/tablet = 10 gram).

Bunuh Diri Dengan Panadol : Bukan Penyelesaian



Mungkin bagi mereka, membunuh diri dengan menelan pil-pil seperti ini dengan bilangan yang banyak akan membolehkan mereka ‘keluar’ dari masalah dengan mudah. Akan tetapi, sebenarnya membunuh diri dengan cara ini sangat menyakitkan. 

Apabila tahap kepekatan paracetamol dalam badan mencapai 150mg/kg dalam 1 hari (contoh bagi orang yang berat badan 60kg, 150mg/kg x 60kg = 9 gram = 18 tablet panadol dalam masa sehari) tubuh badan seseorang itu akan mengalami keracunan panadol akut yang teruk selama beberapa hari.

Peringkat keracunan paracetamol


Gejala (symptom) bagi keracunan panadol ini dapat dibahagikan kepada beberapa peringkat:

Peringkat pertama 


Peringkat ini berlaku pada 0-24 jam (hari pertama). Pada peringkat ini, pesakit hanya akan mengalami loya, muntah, sakit di bahagian abdomen, dan rasa tidak selesa.

Peringkat kedua


Peringkat kedua ini berlaku pada 24-72 jam (hari ke-2 hingga hari ke-3). Kerosakan hati akan bermula pada peringkat ini dan risiko pendarahan dalaman mungkin berlaku. Di akhir peringkat ini, pesakit akan mengalami demam kuning (jaundice) dan sakit di bahagian “Right upper quadrant” dimana terletaknya hati.

Peringkat ketiga


Selepas 72-96 jam, (hari ke-3 hingga hari ke-4) kerosakan hati akan berada di tahap yang kemuncak. Tubuh badan akan mengalami kerosakan hati dan buah pinggang yang akut serta risiko pendarahan dalaman yang semakin meningkat. Selain itu, kerosakan organ-organ dalaman yang lain turut berlaku yang akhirnya boleh membawa kepada kematian.

Peringkat keempat


Sekiranya pasakit masih hidup setelah melepasi peringkat ketiga, barulah gejala-gejala yang disebutkan tadi  akan mula berkurangan. Namun begitu, peringkat ini mengambil masa selama beberapa minggu untuk tubuh badan pulih seperti sedia kala.

Keracunan paracetamol amat menyeksakan


Tujuan penulis berkongsi peringkat-peringkat ini adalah supaya orang awam sedar bahawa kematian membunuh diri dengan menelan pil dengan kadar yang banyak sebenarnya sebuah kematian yang lambat dan sangat menyeksakan. Proses ini memakan masa selama beberapa hari, bukan terus mati beberapa jam kemudian.

Tangani stress dengan cara yang sihat


Oleh yang demikian, jika ada sebarang masalah, tangganinya dengan cara yang sihat. Terdapat banyak cara yang sihat yang boleh dilakukan bagi menggani stress. Dapatkan nasihat pakar dan mereka yang ahli dalam bidang ini.


Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:
(Al-Baqarah 2:155)

Jangan Bunuh Diri!


aqmar tsuki, pharmacy student, putus cinta, racun, syrup
Jangan bunuh diri!
lukisan hasil kerja Zatil Aqmar, seorang rakan penulis semasa kami masih bergelar pelajar farmasi.

Akhir kata, janganlah membunuh diri. Jangan menyusahkan dan menyedihkan ahli keluarga anda. Dan janganlah menyusahkan doktor, ahli farmasi, jururawat dan staf hospital yang lain yang menjadi tugas mereka untuk merawat anda kelak.


Sumber dan rujukan:
1. Penang General Hospital TDM Unit. (2015) Paracetamol poisoning: Guideline in Penang GH
2. Wikipedia : Paracetamol toxicity. http://en.wikipedia.org/wiki/Paracetamol_toxicity

8 comments:

  1. NYAWA MEMBERI KEHIDUPAN BUKAN HAK KITAPUN ANUGERAH ALLAH PENCIPTA...KENAPA DGN MUDAH HENDAK MENCABUTNYA...URUSAN ALLAH SEMUA TU...WALAU STRES SGT SEDIH HADAPI DGN TABAH...HUJAN RIBUT YANG MMBADAI PUN TIBA MASANYA RENTI JUA KAN...PENADOL SSEKALI AMBIL UTK UBATI DEMAM JER..

    ReplyDelete
  2. nyawa itu tidak ada duanya... hargailah kehidupan ini

    ReplyDelete
  3. nauzubillah.. harap dijauhkan. hargai hidup cuma sekali

    ReplyDelete
  4. singgah sini..

    seksanya kan.nak bunuh diri pun bukan senang kan.

    ReplyDelete
  5. i pernah makan 20 biji utk bunuh diri sampai sekarang hidup lagi masalah pun tak dapat selesai

    ReplyDelete
    Replies
    1. makan 20 biji tak boleh mati, macam ni kena makan 30 biji la...!
      saya cuma makan 30 biji tengok boleh bunuh diri tak..!
      saya tak nak hidup dah... letih...!

      Delete
    2. makan 20 biji tak boleh mati, macam ni kena makan 30 biji la...!
      saya cuma makan 30 biji tengok boleh bunuh diri tak..!
      saya tak nak hidup dah... letih...!

      Delete
  6. makan 20 biji tak boleh mati, macam ni kena makan 30 biji la...!
    saya cuma makan 30 biji tengok boleh bunuh diri tak..!
    saya tak nak hidup dah... letih...!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...